Selamat Datang (^_^)

Laman web ini diwujudkan untuk kita berkongsi IDEA untuk memulakan BISNES ANDA! Saya mengajak Anda menyumbang IDEA walaupun IDEA tu Anda rasa mustahil bagi Anda untuk sekarang. Mungkin tidak mustahil untuk Orang Lain. Sharing is Caring!

Renungkan Bersama dan selamat Beramal

Good ideas are common – what’s uncommon are people who’ll work hard enough to bring them about - Ashleigh Brilliant

Renungkan Bersama dan selamat Beramal

Ideas are the beginning points of all fortunes - Napoleon Hill

Renungkan Bersama dan selamat Beramal

The ability to convert ideas to things is the secret of outward success - Henry Ward Beecher

Renungkan Bersama dan selamat Beramal

A man may die, nations may rise and fall, but an idea lives on. Ideas have endurance without death - John F. Kennedy

Tuesday, June 5, 2012


Salam semua, lagi sedikit idea untuk kita fikirkan bersama, mana tahu idea ni boleh bantu ANDA dalam menambah pendapatan ANDA pada masa ekonomi sekarang.

1. Kraf Tangan Landskap
2. Penjagaan Binatang Kesayangan
3. Penternak Lembu dan Kambing
4. Perunding Tabiat Binatang Peliharaan
5. Produk ataupun Perkhidmatan Istimewa untuk Binatang
6. Perkhidmatan Pembersihan Rumah
7. Perkhidmatan Pembersihan Premis Perniagaan
8. Pembersihan Karpet
9. Mengecat Rumah
10.Perkhidmatan Kertas Dinding
11.Pengurusan Kelab Peminat


Idea Untuk Bisnes Sambilan


Idea Untuk Bisnes Sambilan:

1. MENJUAL BARANG YANG SUDAH DIGUNAKAN (PRELOVED ITEMS)

Kalau biasa menonton filem berbahasa Inggeris untuk kanak-kanak, kadangkala ada adegan anak-anak kecil ini menjual barangan yang sudah dipakai di depan rumah mereka yang dipanggil ‘garage sale’. Kita juga boleh membuat benda yang serupa dengan menjual barangan yang sudah digunakan tetapi masih elok seperti pakaian, buku, handphone, dan sebagainya.

Boleh jual kepada rakan sepejabat, jiran, atau secara online samada di blog sendiri, FaceBook, atau laman jualan seperti Lelong, Mudah dan sebagainya.

2. PENDAPATAN SAMBILAN DARI BAKAT ATAU HOBI

Ada orang suka mengambil gambar, dan menjadi jurugambar sambilan. Ada yang suka menjahit dan menjual hasil jahitannya. Ada yang suka membuat kek, dan kemudian menjualnya. Ada yang suka menulis, dan boleh menjana pendapatan dari penulisan blog atau menjadi penulis buku. Pendekata, 2 dalam 1- sambil seronok ‘mengerjakan’ hobi, sambil menjana pendapatan.

3. JADI GURU TUISYEN SAMBILAN

Ramai rakan saya melakukan ini – menjadi guru tuisyen. Biasanya mereka memberi tuisyen secara peribadi di rumah-rumah mereka yang memerlukan tuisyen atau kelas tambahan. Cuma 2-3 jam seminggu, atau kalau ada masa boleh buat setiap malam.

4. MENJADI SEORANG BLOGGER

Blogger boleh jana pendapatan sambilan? Ya, dengan adanya pelbagai perkhidmatan iklan menerusi internet seperti Google Adsense, Nuffnang,Innity (sekadar menyebut beberapa nama); dan juga sistem affiliate, seorang blogger boleh meraih pendapatan yang lumayan.

5. BISNES MLM

Walaupun sering dilanda kontroversi, namun ternyata MLM atau multilevel marketing atau juga dikenali sebagai network marketing merupakan satu cara bisnes yang amat sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan, dan mereka yang tak cukup masa. Ini kerana sistem sokongan atau support system yang dibekalkan oleh upline dalam MLM. Namun.. Hati2 jangan terjebak dalam MLM yang haram mahupun yang haram jadah.

6. MENJADI BABY SITTER/PENGASUH

Sesetengah orang memiliki waktu kerja yang tidak tentu, dan ada ibu bapa yang perlu outstation. Anda boleh mengambil upah menjaga anak-anak mereka ni, terutama yang adhoc perlukan seorang pengasuh. Tapi pastikan anda pun tak sibuk dengan anak sendiri lah :D

7. MENJADI DROPSHIPPER

Istilah dropship ialah bila kita memasarkan sesuatu produk, tanpa perlu menyimpan stok dan menghantarnya kepada pelanggan. Peniaga yang menawarkan dropship akan menghantar barangan kepada pelanggan, kita hanya perlu membuat pemasaran dan diberi komisen.

8. BERNIAGA DI PASAR TANI/PASAR PAGI

Pasar tani atau pasar pagi biasanya diadakan pada hari minggu, pada sebelah pagi. Jadi anda cuma perlu beberapa jam untuk menjalanksn perniagaan setiap minggu, dan mungkin sedikit persediaan pada hari/malam sebelumnya.

Jadi, bisnes sambilan mana satu untuk dipilih? Seharusnya ia bergantung kepada sumber dan keupayaan diri sendiri. Jangan terlalu dipengaruhi orang lain kerana kebolehan dan masalah kita semua tidak sama. Tapi tidak sekali-kali menjadi kesalahan untuk menjadikan seseorang yang berjaya sebagai contoh ikutan dan idola serta sumber inspirasi. Malah sangat bagus untuk terus menjadikan kita bersemangat dan terus termotivasi.

Paling bagus, pilihlah bisnes yang kita suka, dan jangan jadikan WANG sebagai punca motivasi yang utama. Pengalaman dan pengajaran yang dapat kita kutip sepanjang perjalanan itu lebih mahal harganya.

Ikuti tips seterusnya tentang bisnes dan kerja sambilan yang boleh dibuat secara online menerusi internet.

Selamat ber-bisnes sambilan!

Monday, June 4, 2012

Idea Memulakan Perniagaan 1


Salam semua. Saya cuma nak berkongsi idea  kepada yg tercari-cari bisnes nak buat apa. 
Ni sedikit contoh bisnes yang saya pikirkan masa ni. Kepada kengkawan di luar sana ada idea yang hebat lagi, jangan segan & malu....throw the idea kat sini kay. 

Sedikit Contoh :-

1. Mak Andam 
2. Pengangkutan Peribadi 
3. Kelas Fardu Ain dan Etika 
4. Tukang Jahit 
5. Transit untuk Pelajar Sekolah 
6. Pakar Rujuk Adat 
7. Perancang Majlis 
8. Perkhidmatan Hiasan Dalaman 
9. Perunding Imej Peribadi 
10. Perkhidmatan Fotografi 
11. Pereka Grafik